Friday 25 July 2014

Cerita & Rasa SATE & CHAR KUEW TEOW                           
RESTORAN GULAM MEE Kota Damansara






Restoran Gulam Mee terletak di Kota Damansara telah ditubuhkan pada 23 Mei 2008 dan dimiliki oleh En. Asmadi bin Abdul Rahman dan Rahizam Binti Yusof. Restoran ini terkenal dengan sajian mee ‘mamak style’ selari dengan namanya, walaubagaimanapun terdapat banyak lagi sajian makanan yang ada. Lokasi restoran ini agak strategik dengan kedudukannya di bahagian ‘corner lot’ dimana ianya jelas dapat dilihat dari jalan utama Kota Damansara. Berkonsepkan restoran ala gerai seperti medan selera ianya telah menarik minat para pelanggan untuk menjamu selera di sini dengan keadaan bersantai.

Antara menu-menu yang disajikan di Restoran Gulam Mee :-
  •    Sate                                                   
  •   Char kuew teow Penang
  •   ‘Mamak style’ - mee goreng/mee kuah/mee kari/mee rojak/mee udang/mee bandung/mee sup      
  •    Pasembor
  •     Pelbagai jenis sup - sup ayam/sup daging/sup perut/sup tulang (set)/sup ayam (set)/sup daging (set)/sup perut (set) - (set :  nasi, sup, telor dadar dan sambal)
·         Bihun, kuew teow & mee sup/sup tulang/sup campur/tomyam
·         Laksa
·         Nasi goreng biasa/nasi goreng ayam/nasi goreng udang/nasi goreng daging/nasi goreng cina/nasi goreng kampung
·         Nasi ayam
·         Nasi lemak biasa/nasi lemak ayam berempah
·         Air – aneka rasa (air panas, air sejuk, air buah-buahan dan lain-lain)


Kesempatan yang ada, saya telah menjamu selera di Retoran Gulam Mee. Disini, saya telah mencuba sate dan char kuew teow Penang ‘special’.

~Char kuew teow Penang ‘special’ sememangnya sedap dan memenuhi citarasa saya kerana kandungan kuew toewnya yang ditambah dari biasa, udangnya sebanyak 5 ekor (standard saiz), kerangnya yang padat dan fresh, telur goreng separuh masak dan cili jeruk secukup rasa. Tambahan pula, kuahnya yang melimpah (basah) sangat terasa kelazatannya. Bagi saya rasa char kuew teow di sini tidak seperti di tempat yang lain kerana rasa masin dan manis yang sebati. Walaupun harganya yang agak mahal iaitu RM5.00 sepinggan, tetapi bagi saya ianya amat berpatutan dengan kelazatan yang disajikan.
~Sate lengkap dengan nasi impit. Harga secucuk sate RM1.00 dan RM2.00 bagi seketul nasi impit saiz kecil. Bagi saya harga sate di sini agak mahal kerana tidak setara dengan saiz sate yang disajikan. Saiznya agak kecil jika dibandingkan dengan sate Samuri (Kajang) dengan kadar harga yang sama. Walaubagaimanapun, kuah dan sambal yang disajikan amat menyelerakan dengan hancuran kacang dan sebatian sambal secukup rasa.


Bagi saya, char kuew teow Penang special dan sate di restoran ini memenuhi citarasa saya dan mampu membuat saya ingin datang menjamu selera di sini lagi. Disini, saya sertakan alamat Restoran Gulam Mee Kota Damansara untuk sama-sama kita menjamu selera dan merasai kelainan citarasa.

No comments:

Post a Comment