Wednesday 23 July 2014

ZAHIDATUL HUSNA BINTI MOHD ROSLAN
SX120138BQS04

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Hai semua...GWIYOMI OH GWIYOMI. Sebut Gwiyomi, mesti da terbayang-bayang gadis-gadis comel atau jejaka-jejaka kacak dilaman youtube kan? Hehe..Fenomena Gwiyomi nih mula merebak dikalangan rakyat Malaysia pada tahun 2013 dan telah menjadi viral dibeberapa buah negara Asia yang lain. Sehingga kini, Gwiyomi telah mengumpul sebanyak 900,000 lebih tontonan di laman youtube.

Maksud
Comel

Penyanyi Asal
HARI (Penyanyi Korea)
JUNG ILHOON (BtoB) ---> Pencipta Pergerakan Jari

Asal-Usul Gwiyomi
Mengikut sumber yang diambil dari WIKIPEDIA, Gwiyomi ataupun Kiyomi Song adalah KPOP Single daripada penyanyi yang bernama Hari. Ia dilancarkan pada 18 Februari 2013. Lirik diilhamkan oleh ungkapan bersama-sama sengan isyarat seperti gerakan Gwiyomi yang sedia ada. Sejak lagu Gwiyomi ini dilancarkan, banyak video-video parodi yang telah dihasilkan oleh peminat-peminat KPOP khususnya di Filifina, Thailand dan Malaysia sendiri.

Bagi una, lagu Gwiyomi ni sangat catchy dan sesuai bagi semua peringkat umur. Video klip lagu Gwiyomi ni memang boleh buat semua orang tersenyum sendiri (termasuklah diri ini) ^,^ Kadang-kadang...terasa seolah-olah berada di dalam dunia "GWIYOMI". Mana tidaknya, parodi yang dimuatnaik dilaman youtube semuanya berlumba-lumba untuk menunjukkan tahap KECOMELAN DAN KREATIVITI masing-masing. Baik Lelaki mahupun Perempuan. Dua-dua sama naik! Akhir kata, kalo korang nak release tension... jemput-jemput la tengok video parodi GWIYOMI ni tau. Mesti terasa nak join beraksi sekali.
KITA ENJOY!!!! (gaya ala-ala Nora Danish) ^_^ !

No comments:

Post a Comment