Saturday 26 July 2014

~ BIARLAH BULAN BICARA ~

WAN MOHD YUSRI HIZHAM BIN WAN JUSOH ( SX 122709GUF04 ) 


Bulan sabit
Yang jatuh dipelataran
Bintang redup
Tanpa cahaya gemintang
Langkah tanpa arah
Sesat di jalan yang terang
Aku yang terlena dibuai pelukan dosa
Chorus:
Ingin pulang membalut luka hatimu
Ku pun tahu betapa pedih batinmu
Beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
Andai maaf pun tak kau berikan
Air mata tulus jatuh di sudut bibir mu
Tak terlintas dendam di bening mata indah mu
Aku yang merasa sangat berdosa pada mu
Masih pantaskah mendampingi mu
Biar lah bulan bicara sendiri
Biarlah bintang kan menjadi saksi
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti


http://www.youtube.com/watch?v=pp_t8G6Ljcg
LAGU : BIARLAH BULAN BICARA

PENYANYI : BROERY MARANTIKA

Dari konteks jiwa lelaki, terdapat juga yang mengatakan lagu ini sebenarnya kisah kekesalan seorang suami kepada isterinya kerana berdosa dan banyak pendapat juga turut mengaitkan dengan kisah sentimental cinta yang pelbagai. Fenomena cinta adalah lebih bermakna dari gerhana, pasang surut ataupun terbit muncul bulan itu sendiri.
            Walau bagaimanapun, dari konteks agama, cinta dan kasih sayang Allah kepada hambanya menurut hadis adalah lebih besar dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. Allah S.W.T telah menganugerahkan suatu nikmat iaitu cinta yang ajaib perasaannya kepada manusia dan juga haiwan. Sementara itu, kepastian mengenai formula cinta ini belum diketahui samaada ianya adalah cahaya batin ataupun tidak. Namun yang pasti, si penciptanya iaitu Allah bukanlah calang-calang pencipta atau Khaliq.
            Pernah dikisahkan di zaman Nabi Isa a.s, seorang lelaki memohon kepada Nabi Isa agar mendoakan Allah untuk memberikannya sedikit cinta dari ketuhanan yang sejati. Walaupun begitu, tatkala Allah mengabulkannya, Nabi Isa tidak lagi melihat pemuda tersebut kecuali diberitahu oleh orang kampung bahawa dia sudah gila selama 3 bulan. Apabila Nabi Isa mencarinya, telah ditemui pemuda tersebut yang sedang duduk di atas sebuah gunung sambil mendongak ke langit tanpa henti. Demikianlah hebatnya cinta Allah dan ianya amat berbeza dengan cinta kemanusiaan yang hanya menyamai dalam bentuk yang wujud dan pandangan sahaja, tetapi sifat serta darjatnya jauh sama sekali.

            Selain itu, tidak terdapat didunia ini sesiapa yang boleh menggambarkan cinta tulusnya seseorang lelaki dan perempuan itu melainkan mengaitkannya dengan alam dan lagu serta puisi ataupun ciptaan bangunan fizikal seperti Taj Mahal itu sendiri. Taj Mahal adalah bukti keagungan cinta seorang suami kepada isterinya. Hal ini dalam erti kata yang lain, apabila bulan mengambang didalam jiwa maka akan tertulislah kisah perjalanan jiwa ke sana. Oleh yang demikian, lagu biarlah bulan bicara ini mempunyai pelbagai maksud yang tersirat dan penuh bermakna bagi yang sedang menerokainya. Namun demikian, cinta kepada manusia tidak akan dapat menandingi cinta hamba kepada pencintaNya kerana Allah adalah segala-galanya bagi kita sebagai makhluk di muka bumi ni.

No comments:

Post a Comment