Wednesday 23 July 2014

Tugasan "Song Review" - Lilywaty Bt Zainul Zin (Matriks No : SX120092BQS04)




GURINDAM JIWA


Gurindam Jiwa, begitulah nama lagu yang dipetik dari filem Melayu Klasik dari judul filem yang sama. Dilakonkan oleh Allahyarhamah Latifah Omar dan Allahyarham Nordin Ahmad. Lagu asal dinyanyikan oleh Allahyarhamah Rafeah Buang dan Allahyarham R.Azmi. Lagu yang begitu meruntum jiwa, penuh makna dan indah peribahasa. Lagu ini menggambarkan betapa mendalamnya kasih sayang dalam rumahtangga.

Walaubagaimanapun, jika kita melihat dari sudut perspektif lain ia juga boleh dikaitkan dengan cinta kepada MAHA pencipta.

Rangkap pertama menunjukkan maksud, janganlah kita sekali-kali putus asa dan bosan dalam mencintai Allah biarpun hanya sedikit tapi hendaklah berpanjangan.

Jangan sesekali melupai DIA dalam apa jua keadaan. Hubungan antara hamba dan Allah tidak akan terputus umpama ‘rambut bersimpul mati’.

‘Bercerai kasih talak tiada, seribu tahun bertemu juga’ membawa maksud, sebagai manusia yang tidak pernah alpa dengan dosa dan pahala pasti suatu hari nanti kita akan kembali kepada fitrah yang azali. 

‘Hendak berkubur di tapak tangan’, walaupun mati itu di anggap sebagai pengakhiran sebuah kehidupan namun hakikatnya mati itu adalah permulaan kehidupan kekal abadi. Simboliknya ‘di hujung kuku’ adalah menggambarkan dua batu nisan (kedua ibu jari), manakala ‘hendak berkubur di tapak tangan’ bermaksud doa yang perlu dalam kehidupan di alam Barzah (empat pasang jari adalah kubur simbolik dalam menadah tangan 2 ibu jari adalah batu nisan).

Secara hakikatnya dalam mencari keredaan Allah, bukanlah ganjaran syurga tetapi mengharapkan berada di sisi Allah. Begitulah maksud ‘Kalau tuan berjumpa MAHA Pencipta Syurga di akhirat sana nantikanlah saya di sana yang kekal abadi’.

~WALLAHUA’LAM~

LILYWATY ZAINUL ZIN

SX120092BQS04

No comments:

Post a Comment