Saturday 26 July 2014

Song Review : Seri Langkat - Jamal Abdillah dan Amelina

Muhammad Faris Bin Suhaimee
SX120110BQS04




Seri Langkat, amboiiiiii Seri Langkat. Hahaha, lagu Seri Langkat merupakan salah satu lagu berentak tradisional Melayu kegemaran saya. 

Sedikit pendahuluan, penyanyi asal lagu ini adalah Allahyarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad dan Zaleha Hamid, dinyanyikan semula oleh Jamal Abdillah dan Amelina. Setelah di"google-google", saya mendapati bahawa Seri Langkat merupakan sebuah kerajaan Melayu lama di Riau dengan Kuala Tungkal sebagai salah satu perlabuhan utama. Mungkin tujuan penulis lagu adalah untuk menyuntik unsur-unsur tradisional zaman kegemilangan Tanah Melayu dan menunjukkan Ketuanan Melayu bukan setakat di Tanah Melayu, malah melangkaui sehingga ke utara Sumatera.

Pemilihan Jamal Abdillah sebagai penyanyi lagu ini adalah pada pandangan saya amatlah bersesuaian kerana Jamal Abdillah mempunyai nada suara "baritone" yang amat sebati dengan lagu tradisional Melayu, memberi kesan santai namun bertenaga. Suara Amelina pula yang merdu mendamaikan jiwa, melembutkan sanubari walaupun beliau berlatarbelakangkan lagu-lagu dangdut. 

Pantun-pantun Melayu menjadi isi lirik kepada lagu ini. Pada mulanya, saya menganggap lirik pantun ini lebih kepada mainan cinta antara uda dan dara. Namun setelah diamati beberapa kali, lirik lagu ini juga bertindak sebagai "double entendre" memberi nasihat dan peringatan kepada manusia. Saya lebih meminati versi lagu Jamal Abdillah berbanding Allahyarham Dato' Sudirman kerana versi Jamal Abdillah mempunyai tempo lagu yang lebih perlahan dan mempunyai susunan muzik yang lebih teratur. 

Aaaa itu aje kot. Sekian, terima kasih.



:) Selamat Hari Raya. Jangan makan banyak-banyak sangat,.


5 comments:

  1. Tak fhm dgn lagu ni..Apa kaitan Langkat dgn Kuala Tungkal..

    Langkat(dahulunya Kesultanan Langkat) sbnrnya terletak dkt dlm Provinsi(Wilayah) Sumatera Utara..
    Kuala Tungkal pula dkt dlm Provinsi Jambi(dahulunya Kesultanan Jambi)..

    Kalau dr Langkat nak ke Kuala Tungkal ni ibarat dr Johor Bahru ke Krabi jauhnya..

    Pelabuhan utama kt Kesultanan Langkat masa dulu Tanjungpura..
    Kuala Tungkal pula kota/pelabuhan kt Kesultanan Jambi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sumber dia berlainan

      Delete
    2. ye ka sejauh tuu. sebab saya tengok jarak dia macam perak dengan perlis jeaa.

      Delete
    3. Tanjung pura langkat tempat kelahiran Saya..tapak istana langkat skrg menjadi sekolah MAN (Madrasah Aliyah Negeri)

      Delete
  2. Tak fhm dgn lagu ni..Apa kaitan Langkat dgn Kuala Tungkal..

    Langkat(dahulunya Kesultanan Langkat) sbnrnya terletak dkt dlm Provinsi(Wilayah) Sumatera Utara..
    Kuala Tungkal pula dkt dlm Provinsi Jambi(dahulunya Kesultanan Jambi)..

    Kalau dr Langkat nak ke Kuala Tungkal ni ibarat dr Johor Bahru ke Krabi jauhnya..

    Pelabuhan utama kt Kesultanan Langkat masa dulu Tanjungpura..
    Kuala Tungkal pula kota/pelabuhan kt Kesultanan Jambi..

    ReplyDelete