Thursday 24 July 2014

Song Review -Kehidupan (In Team)-


NURSARWANIS MOHD RIPIN
SX120121BQS04
  
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Lagu ini adalah menceritakan tentang kehidupan manusia. Ia mengisahkan tentang manusia yang sering lupa ketika waktu senang. Ketika ia senang dibuai oleh mimpi-mimpi yang indah dan selain itu juga ketika senang manusia sering lupa untuk persiapan di waktu sukar atau waktu susah, kerana kehidupan ini umpama roda yang sedang berputar dimana ada ketika ia berada diatas dan ada ketika ia berada dibawah. Manusia juga sering beranggapan hanya apabila berlaku kesulitan, itulah ujian dari maha Esa. Akan tetapi mereka lupa bahawa kesenangan itu adalah ujian daripada Allah, ujian ini semua adalah untuk melihat sejauhmana tahap kesyukuran mereka terhadap Allah. Kebanyakan daripada kita tidak mensyukuri apa yang telah kita miliki, malah sering kali menyesali apa yang belum di capai. 

Disamping itu, lagu ini juga menceritakan tentang kita perlu tabah dengan ujian yang diturunkan oleh Allah. “Jangan difikir derita akan berpanjangan Kelak akan membawa putus asa pada Tuhan” rangkap ini jika difahami dengan mata hati pasti seseorang manusia itu akan menjadi manusia yang hebat kerana kerana ia tahu ujian itu adalah tarbiyah untuk mendidik ke satu tahap yang lebih tinggi. Manusia yang tidak merasa kesusahan ia pasti tidak akan rasa bersyukur dikala mendapat kesenangan dari Nya.

No comments:

Post a Comment