Thursday 24 July 2014

SATAY STATION | KAMPUNG BARU

ZURAIDI BIN MOHD ZULKIFLI | SX122710GUF04

SATAY STATION | KAMPUNG BARU




Assalamualaikum,

Minggu lepas anak-anak teringin nak makan satay. Untuk tidak menghampakan permintaan mereka, maka mula lah tercari-cari kedai yang menjual satay dan tiba-tiba teringat tentang Satay Station yang terletak di Kampung Baru. Sebenarnya selalu jugak lalu di sana, tetapi tak pernah terlintas nak singgah. 



Lokasi kedai tersebut adalah di Jalan Raja Uda, Kampung Baru. Keadaan kedai boleh dikatakan agak selesa dengan kawasan parkir kenderaan yang luas. Hiasan dalaman kedai yang santai, kemas dan bersih memberi keselesaan kepada pelanggan. Pelanggan yang berkunjung ke sini dapat menikmati permandangan KLCC yang indah lebih-lebih lagi pada waktu malam.


(Sumber Google)

Saiz satay di sana boleh dikategorikan besar jugaklah berbanding satay biasa. Rasa satay di sana kalau mengikut selera keluarga saya boleh dikategorikan sedap juga. Dari segi harga pula boleh dikatakan agak tinggi jugalah berpadanan dengan saiznya. Satay ayam berharga RM1.40/cucuk dan satay daging RM1.60/cucuk. Bagi penggemar satay bolehlah mencuba keenakan satay di SATAY STATION. 

No comments:

Post a Comment