Wednesday 23 July 2014

HITAM PUTIH KEHIDUPAN - SHEILA MAJID


 


MASITAH BINTI MOHTAR – SX120061BELS04



Sheila Majid - Hitam Putih Kehidupan 


Download Hitam Putih Kehidupan

Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang
Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan
Hembusan bayu yang menyegarkan

Dengarkan di sana-sini

Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Sumber kedamaian jiwa
Mensyukuri nikmat Maha Esa

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan 



HITAM PUTIH KEHIDUPAN merupakan sebuah lagu yang telah dikeluarkan pada tahun 1987 ( ketika ini saya berumur 8 tahun). Lagu ini telah dinyanyikan oleh penyanyi RATU JAZZ Negara iaitu SHEILA MAJID yang tidak dinafikan lagi yang dikurniakan kelunakan suara dan mempunyai melodi yang indah apabila menyampaikan sebarang lagu.
 
Lagu Hitam Putih Kehidupan memberikan seribu pengertian yang amat bermakna. Ia juga dikaitkan dengan ciptaan Illahi dan keindahan yang dikurniakan kepada insan di muka bumi ini.

Seperti yang dapat kita hayati, “Begitu berharga kehidupan ini, bagi mereka yang tahu menghargai”. Maksudnya di sini, manusia dibagi kesempatan untuk mencorakkan kehidupan seseorang individu itu sendiri sama ada untuk dirinya, keluarganya dan juga masyarakat.

Selain itu juga, kita harus menghadapi segala dugaan dan cabaran hidup dan perlu atasi dengan penuh yakin dan mampu bertahan dalam mengharungi kehidupan yang mencabar dan jaganlah kita cepat mengaku kalah dan patah semangat. Dan kita perlu yakin Allah S.W.T pasti akan memberikan jalan yang baik dan segala keburukan atau masalah yang kita hadapi ada hikmahnya dan kita juga harus sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T. Seperti yang kita dapat lihat dari perenggan lirik lagu tersebut iaitu “Tiada yang dapat lari dari masalah diri, Hadapi lah dengan tenang, Tiap cabaran yang datang, Atasinya dengan keimanan”.

Lagu HITAM PUTIH KEHIDUPAN juga, memberikan gambaran secara halus dan  mudah untuk kita memahami bahawa kehidupan ini bukanlah mudah dan kita sebagai hambanya (Khalifah) tidak melakukan kerosakan di muka bumi dan yang penting sentiasa bersyukur dan hanya kita yang tahu corak perjalanan hidup kita sama ada menuju kebaikan atau menuju keburukan. 

“Sekadar buat renungan,  Untukmu teman tersayang , Hitam putih masa depan, Sendirian menentukan,  Hidup ini usah persiakan”

 Walaupun lagu tersebut sebagai hiburan, namun memberikan seribu makna dan kita perlu sentiasa beringat bahawa hidup ini hanya sekali dan jangan sekali-kali mempersiakan. 
 











Doa Syukur Nikmat 

  



 Nukilan rasa : Masitah Mohtar

No comments:

Post a Comment