Sunday 20 July 2014

"Hard to Explain"

Wan Afizam B. Wan Ab. Rahman
SX122708GUF04

"Hard to Explain" adalah merupakan single pertama dari kumpulan muzik (band) Garage Rock - The Strokes yang berasal dari New York dan dianggotai oleh Julian Casablancas (lead vocals), Nick Valensi (guitar, backing vocals), Albert Hammond, Jr. (guitar, backing vocals), Nikolai Fraiture (bass guitar) dan Fabrizio Moretti (drums, percussion).

Ia telah mula diedarkan buat pertama kalinya di UK dan kemudiannya di Amerika Syarikat melalui kerja seni (artwork) album yang berbeza. Apabila album - 'Is This It' diterbitkan secara meluas, ia telah diangkat sebagai salah satu album terbaik bagi tahun 2001. Bahagian B single tersebut – 'New York City Cops' telah ditiadakan bagi versi edaran di U.S akibat dari peristiwa serangan WTC pada 11 september (911) kerana pada korus lagu tersebut mengandungi baris ayat yang agak sensitif pada ketika itu - "New York City cops/They ain't too smart".

http://eil.com/images/main/The+Strokes+-+Hard+To+Explain+-+7%22+RECORD-477690.jpg
Single versi UK 

Single tersebut telah berjaya menduduki tempat ke #16 dalam carta single di UK. Single tersebut juga turut diundi pada tempat ke #3 dalam carta NME (New Musical Express) top 100 – songs of decade. Pada oktober 2011, NME turut meletakannya di tempat  ke #36 di dalam senarai "150 Best Tracks of the Past 15 Years" manakala majalah Rolling Stones pula telah meletakan lagu Hard To Explain pada kedudukan ke 59 dalam senarai "150 Best Tracks of the Past 15 Years"


Lirik lagu  

"Hard to Explain"

Was an honest man, Asked me for the phone, Tried to take control, Oh, I don't see it that way, I don't see it that way, We shared some ideas, All obsessed with fame, Says, we're all the same, Oh, I don't see it that way, I don't see it that way, Raised in Carolina, I'm not like that, Tryin' to remind her, When we go back, I missed the last bus, I'll take the next train,I'll try, but you see, It's hard to explain,

I say the right thing, But act the wrong way, I like it right here, But I cannot stay, I'm watching TV, Forget what I'm told, Well, I am too young, And they are too old, The joke is on you, This place is a zoo, You're right, it's true,

He said, he can't decide, I shake my head to say, Every thing's just great, Oh, I just can't remember, I just can't remember, Raised in Carolina, I'm not like that, Trying to remind her, When we go back,

 I say the right thing, But act the wrong way, I like it right here, But I cannot stay, I'm watching TV, Forget what I'm told, Well, I am too young, And they are too old, Oh, man cant you see, I'm ever so pleased, Pretend to be nice, So I can be mean, I missed the last bus, We'll take the next train, I'll try, but you see, It's hard to explain.

Penulis lagu 
Julian Casablancas
Diterbitkan oleh
THE STROKES BAND MUSIC


Pada pandangan saya, lirik lagu yang mudah (simple), jujur dan berterus terang (straightforwad) tetapi rumit (complicated) ini antaranya adalah berkisar terhadap sesuatu perkara yang sukar untuk diperjelaskan atau difahami. 

Sudah tentu, semua perkara itu tidak memerlukan penjelasan terperinci atau difahami kerana ada ketika suasananya perlu atau lebih baik begitu. Contoh mudah, pertanyaan membunuh (mudah tetapi rumit) yang bertujuan untuk menguji kesetiaan setiap pasangan yang sering diajukan oleh pasangan-pasangan kekasih yang sedang asyik dilamun cinta - mengapa awak cintakan saya?, maka akan terbitlah jawapan-jawapan munafik dari pasanganya bagi tujuan untuk memuaskan hati pihak yang menyoal.

Gambaran situasi sukar untuk diperjelaskan ini turut diungkapkan/ekspresikan pada lirik  "I like it right here, but I cannot stay"- jadi persoalanya, mengapa harus ke tempat lain jika sudah selesa berada di sini kan ? 

Selain itu, ia juga turut mengungkapkan bahawa setiap individu itu turut berbeda pola pemikiranya sepertimana tertulis pada rangkap berikutnya - Was an honest man Asked me for the phone, Tried to take control, Oh, I don't see it that way, I don't see it that way    

Ia juga boleh dikaitkan dalam banyak bentuk pendapat (idea) mengenai lirik lagu Hard To Explain seperti berkisar terhadap kemashuran, perhubungan, kejujuran, pengkritik dan lain-lain yang pada akhirnya ia cuma mahu mengajak para pendengar untuk menerima mereka secara seadanya tanpa memerlukan banyak penjelasan atau tanpa perlu dipaksa.

Berdasarkan pendapat penulis lagu pula (Julian Casablancas), keutamaan lagu ini adalah pada liriknya yang didatangkan bersama melodi yang ‘cool’. Keutamaan lirik adalah ‘secondary’ manakala kekuatan melodi serta muziknya pula adalah yang paling utama kerana apabila diperdengarkan sahaja lagunya, muzik dendangan mereka ini telah berjaya membawakan para pendengar untuk turut bersama-sama mengungkapkan/mengekspresikan pandangan mereka terhadap lagu yang didendangkan oleh kumpulan ini dengan pelbagai pandangan.

http://images.junostatic.com/full/CS454950-01B-BIG.jpg

No comments:

Post a Comment