Wednesday 23 July 2014

Fynn Jamal- 150 juta-Nur Azira Binti Abdul Majid


HURAIAN LIRIK LAGU - 150 JUTA- FYNN JAMAL
Lagu 150 Juta ditulis oleh Fynn Jamal seorang yang berjiwa seni dan di nyanyikan semula oleh Ainan Tasneem seorang artis Malaysia.Lirik lagu ini merupakan sebuah deklarasi dan luahan  kejujuran penyanyi memberi gambaran akan apa yang dirasanya atas keprihatinan, rasa sayang dan cinta “ Sang suami kepada Isteri tanpa mempedulikan apa kata sekelilingnya. Lagu  ini di dendangkan oleh Isteri sebagai tanda kasih sayang antara mereka. Bukti Cinta yang di nyatakan adalah berdasarkan barisan lirik lagi ini:
     Baju ronyok tak apa
     asal pakai selesa
     Berkilau tak bermakna
     Kalau hati tak ada……
Lirik lagu diatas membawa maksud penerimaan hati antara dua insan ini tanpa mengira paras rupa. Segalanya berdasarkan keserasian.Penyusunan karya ini adalah dengan caraEkatemaiaitu hanya memilih satu tema sahaja. Lirik lagu ini bertemakan “CINTA”
 Lirik lagu ini adalah puisi dalam bahasa melayu yang mempunyai beberapa variasi yang bergantung kepada bentuk rimanya iaitu, Empat baris serangkap dengan rima a,a,a,a. Contonya:
     Aku mudah baran tidak semena
    Mana boleh tahan angin cemburu buta
    Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
    Aku punya manja, kau saja boleh rasa         
Bentuk inilah yang paling dominan dalam masyarakat Melayu walaupun terdapat juga variasi bentuk-bentuk yang lain. Walaubagaimanapun, variasi ini hanyalah kepada bentuk visualnya sahaja khususnya daripada aspek rima akhir.
 Lagu ini adalah bersifat  Musik Pop Standard
Ciri-ciri:
-Melodi mudah diterapkan dengan berbagai karakter lirik.
-Sangat fleksibel jika dipadukan dengan jenis style lain.
-Lagu umumnya mudah disenandungkan dan diserap.
-Harmoni tidak terlalu rumit.
-Tempo bervariasi.


Kesimpulannya, lirik lagu ini mempunyai bahasa yang indah dan puisi yang mudah difahami dan berjaya menonjolkan tema Cinta yang mendalam dalam diri pasangan masing-masing

No comments:

Post a Comment