Monday 21 July 2014

~ChoColate Cake~

MOHD RUDHWAN ALIAS
SX120101BQS04



Kau cantik dimata,
Harum bak Vanilla

Halus persis
Creme brule

Masih terasa

Enak dan manisnya
Seumpama souffle
Duduk -duduk di cafe

Nikmat Secawan latte

Teringat kamu yg jauh.Suka suka di cafe

semua pastinya ok

Aku sudah jatuh cinta
Chocolate cake

Chocolate cake

Hanya sesuap coklat di bibir
Terukir aku terfikir fikir

1 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula caster

3 sudu besar cocoa powder nya

3 sudu besar butter

1/3 cawan susu
3 biji telur sahaja.


Lagu chocolate cake nyanyian Dato Fazley, merupakan satu lagu yang kelaut dan sejujurnya saya tidak faham apa yang cuba di sampaikan oleh pencipta melalui lagu ini. Ini lah yang di katakan lagu yang tidak mempunyai unsur motivasi mahupun pengajaran. Mungkin kebaikannya pada suri rumah tangga yang ingin mengingati bahan-bahan untuk membuat coklat kek disamping boleh dinyanyikan sambil membancuh adunan kek, pendapat peribadi saya sebenarnya tidak dapat melihat walau sedikit pun unsur kesenian di dalam lagu ini. Saya akui saya bukanlah anak yang berjiwa seni yang mampu menghasilkan sebuah lagu atau lirik, tetapi pernahkah anda terfikir, bahan-bahan untuk membuat kek menjadi sebahagian daripada lirik lagu atau nyanyian? dari pemerhatian saya banyak lagu-lagu yang dihasilkan pada zaman kini kurang mengandungi unsur-unsur motivasi mahupun nasihat atau kata-kata puitis. Mungkin kerana penulis atau pencipta lagu sekarang kehabisan idea? atau mungkin disebabkan penyanyi tersebut adalah seorang chef dan demikianlah lirik ditulis sebegitu rupa. Kalau kena dengan cara atau lirik tidaklah salah untuk membuat lagu seperti itu, cuma ianya sedikit pelik sebagai contoh petikan lirik seperti “Kau cantik di mata, harum bak vanilla, persis, crème brule”, bait liriknya ada menyebut harum bak vanilla, tetapi lirik mengenai bahan-bahannya kek, tidak pula menyebut mengenai esen vanilla atau apa-apa yang berkaitan berkenaan harum bak vanilla. Saya berpendapat lagu ini hanya sesuai untuk santapan telinga kanak-kanak atau orang hanya mendengar bukan menghayati atau mungkin salah satu cara orang mengingati resipi coklat kek. Saya hanya manusia biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan dan coretan ini hanyalah pendapat peribadi saya dan saya memohon maaf jika ada kata-kata yang kurang menyenangkan.….Wasallam

No comments:

Post a Comment