Wednesday 23 July 2014


CHAR KOAY TEOW
MALI’S CORNER, PLANITIUM WALK DANAU, KL

SITI ROBIATUL ADAWIAHANON BT IDRIS
SX120127BQS04


“Mali’s corner” rasanya semua orang mengenalinya dengan kelazatan masakan char koay teow yang menjanjikan yang terbaik walaupun berasal dari tempat lain.  Kedai Mali’s Corner terletak Planitium Walk Danau , KL berhampiran dengan Kolej TAR.  Waktu perniagaan dibuka pada pukul 4ptg – 2pagi.  Menu disini bukan sahaja char Koay teow malah terdapat juga nasi lemak dan nasi ayam. Tapi menu yang paling menarik pelanggan adalah char koay teow . Char koay teow berasal daripada Pulau Pinang dan masih boleh merasai ketulenannya di Mali’s Corner, Danau Kota KL.



Ermmm, memang sedap…rugi jika anda tidak merasainya..walaupun sanggup kene beratur panjang namun tidak melemahkan semangat pelanggan yang datang  untuk  mendapatkan sepinggan Char koey Toew. Ini sudah cukup mengambarkan keenakan makanan tersebut.



Inilah char kaoy teow yang dikatakan….ummm sedapkan..dengan udang besar yang dimasak cukup sempurna, cili jeruk yang menyelerakan  dan koay teow yang lembut sehingga membuatkan anda akan mengingati kelazatannya. Daripada segi harga memang sangat berpatutan. Sepinggan Char Kuey Teow biasa cuma RM4.50. Murahkan….siapa-siapa boleh membelinya…




Mali’s Corner  mempunyai banyak cawangan antaranya di Taman Bunga Setapak, dan Petaling Jaya.  Bolehla anda singgah mana-mana cawangan untuk menikmatinya.

~~~SELAMAT MENCUBA ~~~




.

No comments:

Post a Comment