Wednesday 23 July 2014

^ Bersama Suara Hati - Gersang ^ MASTURA ABDULLAH SANI

MASTURA BINTI ABDULLAH SANI
791005055048
SX122697GUF04

BERSAMA SUARA HATI-GERSANG

Ku menyedari kini ketiadaanmu
Ku cuba mengerti mengapakah begitu
Tiada kesemptan ku mencari
Rintihan untuk menghalang kau pergi
Jauh dariku
                Bertukar lara aku seharian
                Ingin berbicara biarpun sendirian
                Tiada mesti ku mahu percaya
                Akhirnya aku menderita….oh…..
Di dalam pelukan malam
Bertemankan hanya suara hanya suara hati
Kepiluan melanda diri
Menanyakannya ku tak mengerti
Kesedihan menyeksa lagi
Menantikan engkau kembali
                Masih terasa, manisnya rasa cinta
                Semasa kita bersama…..
Salalu berpesan kepada angin lalu
Meminta menyatakan aku tetap merindu
Tangisan di  jiwaku tiada berirama
Namun hati ini bercerita…ohhhh

 ulasan

(Rangkap pertama)
Lagu ini menceritakan tentang luahan hati seorang kekasih tentang perasaannya yang sedang bersedih kerana kehilangan orang tersayang tanpa mengetahui apakah sebab dan punca kekasihnya itu menjauhkan diri pergi darinya.
(Rangkap kedua)        
Perasaannya bertukar menjadi lebih sayu dan sedih apabila dia mendapati dirinya kini keseorangan. Tiada teman untuk meluahkan perasaan dan berkongsi cerita tentang kesedihan dan apa yang dilaluinya. Walaubagaimanapun dia terpaksa juga menerima hakikat bahawa kekasihnya telah pergi meninggalkannya. Dia menjadi begitu hampa dan kecewa sekali mengenangkan nasib hatinya.
(Corus)
Kesedihannya amat dirasai apabila dia bersendirian dan ketika ingin melelapkan mata, dia hanya mampu bercakap dan mendengar suara hatinya sahaja. Perasaan bertambah sedih dan pilu bila teringatkan kembali apa yang telah terjadi yang dia sendiri tidak pasti kenapa perpisahan itu berlaku. Hatinya meruntun sedih dan dia merasakan terseksa apabila mengharapkan penantian agar kekasihnya kembali ke pangkuannya.
            Ingatannya tentang saat bercinta dan semasa bersama masih segar dan bermain difikiran. Perasaanya itu masih menghantuinya.
(Rangkap akhir)

Dia cuba meluahkan perasaan sedihnya pada alam sekeliling bahawa dia sangat merindui kekasihnya dan mengharapkan agar kekasihnya dapat merasakan betapa dia merindui dan masih menunggu mengharapkan agar kekasihnya pulang kembali. Hatinya menangis dan sudah tidak terbendung lagi, namun dia masih berharap bahawa kekasihnya akan kembali dan dia cuba memujuk hatinya dengan berkata begitu.

*lagu ini banyak memainkan emosi penulis liriknya, ia menceritakan tentang perasaannnya sendiri atau realiti yang berlaku dalam kehidupan mereka yang bercinta. setiap bait lirik yang ditulis banyak menonjolkan kesedihan dan tentang perasaan, patah hati dan menyentuh emosi. lagu ini juga pernah menjadi siulan ank muda di tahun 80-90an. lagu ini juga pernah menjadi lagu favourite saya dan pernah menjadi kenangan saya sendiri. tapi apa pun kita tidak boleh terlalu menurut perasaan kerana ia akan membinasakan diri sendiri. apa yang lebih baik adalah berdoa dan berserah kepada ALLAH yang mahakuasa..*

No comments:

Post a Comment