Tuesday 22 July 2014

Arjuna Beta - Fynn Jamal

Md Ramadhan bin Hashim
Sx120017 Becs04


~Arjuna Beta - Fynn Jamal~


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular

bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata

ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa



Lagu  bertajuk Arjuna Beta yang dicipta dan dinyanyikan oleh seorang penyanyi yang mempunyai bakat sebagai pemuzik, penulis dan penyajak iaitu Fynn Jamal. Lagu ini ditulis sewaktu beliau menunggu ibu sebenar kepada anak angkatnya melahirkannya. Lagu ini mula popular apabila  anak angkat beliau, Bakti Arjuna Fitri harus menjalani pembedahan bagi mengelakkan jantungnya membengkak pada usia 1 bulan 2 minggu. Pasangan suami isteri ini perlu berusaha untuk menampung kos pembedahan yang mencecah RM35 ribu.

Lagu Arjuna Beta ini memberikan seribu makna bagi semua orang terutamanya seorang ibu. Sebuah lagu yang dapat membuatkan pendengar merasakan satu perasaan kasih yang amat sangat seorang ibu kepada anaknya. Sewaktu lagu ini ditulis, ia menggambarkan perasaan penulis yang telah kehilangan ibunya sewaktu beliau masih kecil. Naluri seorang ibu, walau pun ibunya menyerahkan anaknya untuk dijaga oleh orang lain, masih tersemat harapan agar dirinya terus diingati. Lagu ini turut menceritakan duka seorang ibu apabila sesuatu yang sangat-sangat tidak diingini oleh mana-mana ibu bapa telah terjadi kepada anaknya.

Kasih sayang seorang ibu yang akan melakukan apa sahaja untuk melindungi anaknya dan sentiasa berharap anaknya jauh daripada sebarang malapetaka. Harapan seorang ibu agar anaknya berjaya dalam mengharungi cabaran hidup walaupun bila ibu bapanya sudah tiada untuk memimpinnya. Lagu ini turut menggambarkan naluri seorang ibu yang sentiasa ingin menjadi pelindung kepada anaknya kerana kasih ibu tiada sempadan, tiada ukuran dan tiada tandingan.

Di samping itu, si ibu turut menasihatkan dikala si anak menghadapi kesukaran dalam membuat pilihan, pilihlah jalan yang penuh cabaran kerana cabaran itu akan mengajar erti kesusahan yang akan menjadikan anaknya lebih berdikari, lebih kuat dalam menghadapi cabaran mendatang. Ibu mengharapkan anaknya mampu memilih jalan yang betul dan mampu bangkit kembali setiap kali jatuh tersungkur.

Sebagai seorang ibu, selagi ada hayat ibu, selagi termampu kudrat ibu, ibu akan lakukan apa saja untuk insan bernama anak. Pengorbananannya tidak diminta untuk dibalas hanya harapan agar agar dirinya sentiasa dikenang, walaupun ketika beliau sudah tidak lagi bernyawa.

Lagu ini turut menggambarkan keyakinan penulis kepada kuasa Allah SWT, yang akan melindungi anak kecil itu, yang akan melindungi hambaNya. Semua ibu akan mendoakan yang sama pada anaknya dan semoga kita semua menjadi seorang anak yang soleh yang diredhai ibubapa dan mendapat keredhaan Allah.


No comments:

Post a Comment